Assalamualaikum kepada semua pembaca.Saya liyana dan rakan,salmiani merupakan pihak yang akan
menyediakan direktori berkenaan institusi-institusi islam yang berada di negara pengeluar jam tersohor iaitu Swatch.Hal ini demikian kerana ,direktori ini disediakan pertamanya demi memenuhi tuntutan tugasan
yang diberikan oleh pensyarah dan keduanya memberi informasi kepada khalayak umum akan wujudnya
institusi-institusi islam yang berada di negara bukan islam .Bilangan institusi islamik di negara bukan islam
seperti Switzerland tidaklah sebanyak seperti di negara kita,Malaysia ,namun perkara itu langsung tidak
menjadi kekangan buat penganut agama islam di sana untuk terus beribadat kepada Allah yang Maha
Berkuasa.Apalah gunanya jika bilangan institusi islamik yang banyak,tumbuh melata di mana-mana sahaja
namun tiada siapa yang mengimarahkannya,bukankah kualiti itu lebih mulia daripada kuantiti?
Mereka,penganut agama Allah di sana (Switzerland) ditimpa pelbagai dugaan yang bertimpa-timpa oleh
masyarakat yang benci akan agama islam,kononnya islam itu agama pengganas,mereka dihalang untuk
beribadat,hak mereka dinafikan tetapi semua perkara itu tidak menjadi kudis buat kaum muslim menunaikan
suruhanNYA kerana mereka yakin bahawa setiap perkara yang berunsurkan Fisabilillah,berjuang demi Islam
maka,ganjarannya ialah Jannah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan