Muafakat(Pertubuhan islam di Geneva, Switzerland
Ketua Delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam
Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) ke Geneva, Switzerland,
Azril Mohd. Amin berkata, kedudukan itu dijamin di bawah Fasal 3(1)
Perlembagaan Persekutuan namun tidak sesekali mengizinkan agama-agama lain
ditindas.
Menurutnya, terdapat
pelbagai bukti mengenai keharmonian beragama yang dijamin untuk penganut agama
bukan Islam di negara ini berbanding negara-negara Islam lain.
“Kerajaan membenarkan
pembinaan rumah ibadat bukan Islam mengikut peraturan sedia ada,
perayaan-perayaan keagamaan, malah di peringkat nasional dan peruntukan
kewangan diberikan kepada kumpulan keagamaan untuk menjalankan kegiatan mereka
menurut Perlembagaan Persekutuan.
“Ternyata
dakwaan-dakwaan yang ditujukan terhadap kerajaan sebenarnya merupakan
situasi-situasi hak asasi manusia yang sengaja dimanipulasi dan
digembar-gemburkan pihak Comango atas sebab iri hati terhadap kejayaan Malaysia
mengurus hubungan antara agama secara baik semenjak berpuluh tahun lalu,”
katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Azril memberitahu,
oleh kerana ketaksuban mereka terhadap fahaman hak asasi manusia yang
berlatarbelakangkan nilai liberal-sekular, Comango memainkan api permusuhan
antara agama.
Malah jelasnya,
kebanyakan daripada kalangan aktivis Comango bukannya penganut agama yang
komited.
“Mereka sekadar
menggunakan nama pertubuhan-pertubuhan agama bukan Islam di negara ini untuk
menjustifikasi perjuangan mereka di pentas-pentas antarabangsa bagi menzahirkan
kehebatan mereka menjuarai isu hak asasi manusia.
“Hanya apabila mereka
berjaya mewujudkan situasi-situasi palsu ‘pelanggaran hak asasi manusia’
tersebut, khususnya di Malaysia, maka mereka mempunyai alasan kukuh untuk
mendapat dana daripada penaja-penaja asing yang sememangnya beragenda jahat dan
hasad terhadap kedaulatan dan kesejahteraan negara,” tegasnya.
Katanya, menyedari
cabaran seumpama ini, MuslimUPRo sentiasa memberi tumpuan terhadap sesi Semakan
Berkala Sejagat (UPR) untuk menjelaskan keadaan sebenar rekod dan
pencapaian hak asasi manusia.
“Kami juga sedar dan
berwaspada tentang tindakan manipulasi yang telah dibuat beberapa pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia liberal-sekular, khususnya yang
bergabung atas nama Comango.
“Comango telah
mengemukakan tuntutan-tuntutan kontroversi dan tidak berasas yang mencabar
kesucian Islam di Malaysia dan kedaulatan undang-undang serta menghakis prinsip
kesopanan dan kesusilaan di dalam Rukun Negara,” jelasnya.
Beliau berkata,
secara khusus, terdapat enam tuntutan kontroversi yang bersifat biadab dan
ditolak kesemua NGO Islam melalui kesepakatan gabungan delegasi ke Geneva,
MuslimUPRo.
Oleh itu, pihaknya mengajak NGO-NGO Islam menyertai
penegasan MuslimUPRo dalam menolak tuntutan-tuntutan kontroversi Comango.
“Hakikatnya, fahaman
liberal-sekular yang dianuti Comango sangat bahaya kepada kedaulatan negara dan
umat Islam khususnya dalam jangka masa panjang oleh kerana melibatkan
perkara-perkata asas akidah, syariah dan akhlak umat Islam,” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan